Selasa, 11 Ogos 2009

zaman kerasulan sehingga penghijrahan

Nabi Muhammad S.A.W berasal dari keturunan Bani Hasyim iaitu keturunan Quraisy yang paling mulia dan merupakan nabi akhir zaman yang mendapat mukjizat yang paling mulia iaitu kitab suci Al-Quran. Sifat keperibadian baginda yang mulia amat bersesuaian dengan nama baginda yang bermaksud ‘ yang terpuji’. Nama ini telah diberi oleh datuk baginda sendiri, Abdul Mutalib dengan harapan agar seluruh penghuni bumi dan langit memujinya kelak.

Kisah kerasulan baginda bermula apabila baginda berkhulwah (bersendirian) di Gua Hirak untuk memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh umatnya. Setelah lama baginda beribadat di Gua Hirak, pada suatu hari baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril yang membawa wahyu pertama daripada Allah. Kejadian ini berlaku ketika baginda genap berumur 40 tahun iaitu pada hari Isnin, 17 Ramadhan 610 Masihi. Wahyu pertama ini adalah surah Al-Alaq yang menyuruh kepada seruan membaca dan terdiri daripada 5 ayat yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”(Al-Alaq:1-5)

Selepas mendapat wahyu tersebut, Baginda terus mendapatkan isterinya, Siti Khadijah. Melihat keadaan Baginda yang gementar, Khadijah menyelimutkan dan menenangkan Baginda. Kemudian dia membawa Baginda berjumpa dengan Warakah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza (sepupu Khadijah) yang merupakan seorang pendeta agama Nasrani.

Setelah itu, Rasulullah mula menyampaikan dakwahnya secara sir (sembunyi) kepada keluarga dan sahabat terdekat baginda. Usrah pertama yang dibuat oleh baginda adalah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Selepas 3 tahun berdakwah secara sir, baginda telah diperintahkan untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan (melalui firman Allah; Al-Hijr).

Bermula di sinilah baginda mendapat pelbagai tentangan dan rintangan dalam menyampaikan dakwahnya. Antaranya ialah penyiksaan, pemulauan dan cubaan bunuh. Kaum Quraisy terus-menerus menyakiti Rasulullah dan para sahabat baginda. Walaupun mereka disiksa namun, mereka tetap teguh beriman kepada Allah.

Pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.

Selain penyiksaan, baginda dan para sahabat juga telah dipulau. Mereka tidak dibenarkan berjual beli, berkahwin dan bergaul dengan golongan musyrik. Pemulauan ini berlaku selama 2 atau 3 tahun. Pemulauan ini telah terbatal setelah surat penjanjian pemulauan itu musnah dimakan oleh anai-anai.

Pada tahun ke-10 kerasulan pula, bapa saudara Baginda, Abu Talib telah meninggal dunia. Semasa terbaring nazak, Baginda meminta Abu Talib untuk mengucap dua kalimah syahadah tetapi, Abu Talib enggan kerana bimbang mendapat malu daripada kaumnya. . Tidak lama kemudian, isteri Baginda pula pergi menemui Sang Pencipta. Kematian Abu Talib dan Khadijah menyebabkan Baginda amat berdukacita dan penentangan daripada kaum musyrik menjadi semakin hebat. Tahun kematian ini lebih dikenali sebagai ‘Tahun Dukacita’.

Kejadian Isra’ mikraj juga berlaku pada tahun ini (tahun ke-10 kerasulan). Baginda di isra’kan dari masjidil haram ke masjidil Aqsa dan dimikrajkan dari masjidil Aqsa ke sidratul muntaha. Hasil daripada peristiwa ini, umat Islam yang baligh dan berakal dituntut menunaikan solat 5 kali sehari.

Pada tahun ke-12 kerasulan pula, satu perjanjian telah dimeterai antara Rasulullah dengan 12 orang lelaki Ansor. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah 1. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah:-
1) tidak menyekutukan Allah
2) tidak membunuh anak
3) tidak membuat fitnah
4) tidak mencuri
5) tidak berzina

Setahun kemudian (tahun ke-13 kerasulan), Perjanjian Aqabah 2 pula berlaku. Perjanjian ini disertai oleh 70 orang lelaki dan 2 orang wanita Ansor. Mereka telah berjanji untuk menolong Rasulullah, melindungi Rasulullah, mengulangi taat setia kepada Rasulullah dan menjemput Baginda ke Yathrib.

Setelah orang Quraisy mendapat tahu keislaman orang Yathrib, mereka meningkatkan lagi penyiksaan terhadap orang Islam. Melihat keadaan ini berlaku, Baginda mengarahkan orang mukmin berhijrah ke Madinah. Pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda, Baginda yang ditemani Abu Bakar telah berhijrah ke Madinah. Allah telah memerintahkan Baginda berhijrah ekoran daripada rancangan orang Quraisy untuk membunuh Baginda. Pada malam kejadian, Saidina Ali telah menggantikan tempat tidur Baginda. Beliau tidak sedikit pun berasa takut sekiranya beliau terbunuh. Setelah berjaya keluar dari rumah, Baginda dan sahabat karibnya itu telah bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 malam.

Sebelum berhijrah, Abu Bakar telah melantik beberapa orang untuk menolong mereka sepanjang penghijrahan berlaku. Aisyah dan Asma’ iaitu anak-anak perempuan Abu Bakar telah ditugaskan untuk menyediakan makanan. Manakala anak lelakinya pula, Abdullah Abu Bakar ditugaskan menyampaikan berita kepada mereka. Sepanjang perjalanan, Baginda dan Abu Bakar ditemani oleh Abdullah Uraiqit yang bertindak sebagai petunjuk arah.

Akhirnya, pada 12 Rabiul Awal, Baginda dan sahabatnya telah sampai ke Madinah dengan selamat. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang Madinah. Mereka menyambut Baginda dan Abu Bakar dengan meriah. Wallahu'alam.

Wassalam..





UJI MINDA
1.Berapakah umur Rasullah ketika mendapat wahyu daripada Allah swt?
-40 tahun

2.Berapa lamakah dakwah Rasullah dilakukan secara sir
-3 tahun

3.Berapa lamakah dakwah Rasullah SAW dilakukan secara terang-terangan?
-10 tahun

4.Apakah jenis-jenis ancaman yang dilakukan oleh kaum Quraisy terhadap penentangan ke atas ajaran Rasullah SAW?
-Ugutan bunuh, cacian dan pemulauan.

5.Di manakah Rasullah menyampaikan dakwahnya secara sir?
-Di rumah Al-arqam Abi Arqam

6.Bilakah tahun kenabian Rasullah SAW?
-610 masihi

7.Dimanakah Rasullah mendapat wahyu dari Allah SWT?
-Di gua Hirak

8.Bilakah tarikh berlakunya Jibril membawa wahyu kepada Rasullah?
-Isnin 17 ramadhan

9.Apakah surah pertama yang diwahyukan oleh Allah melalui malaikat jibril kepada Rasullah?
-Al-Alaq

10.Apakah intipati surah al-alaq?
-Seruan membaca

11.Siapakah yang ditemui oleh Rasullah dan Siti Khadijah selepas baginda mendapat wahyu?
-Waraqah bin naufal bin Asad bin Abdul Uzza

12.Apakah hubungan waraqah dengan siti khadijah?
-Sepupu

13.Siapakah diantara kalangan yang mana Rasullah dakwah pada awal penyebaran islam?
-Golongan keluarga Baginda dan sahabat terdekat

14.Siapakah orang pertama yang memeluk islam?
-Siti khadijah

15.Tahun bilakah hijrah pertama yang dilakukan oleh pengikut Rasulullah ke Habsyah?
-Tahun ke-5 kerasulan Baginda.

16.Berapakah bilangan para sahabat yang berhijrah kali pertama Ke Habsyah?
-12 orang lelaki dan 4 orang wanita

17.Berapa bilangan para sahabat yang berhijrah pada kali kedua ke habsyah?
-83 orang lelaki dan 11orang wanita

18.Berapa lamakah permulauan terhadap Rasulullah dan pengikutnya?
-2 atau 3 tahun

19.Apakah pekara yang menyebabkan terbatalnya pemulauan tersebut ?
-Surat penjanjian itu musnah dimakan oleh anai-anai

20.Tahun bilakah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat?
-Tahun kesepuluh kerasulan baginda.

21.Dimanakah Rasulullah tuju selepas kematian bapa saudara dan isterinya?
-Taif

22.Apakah reaksi penduduk Taif terhadap dakwah Baginda?
-Tidak menerima dan menolak secara kasar dan menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda.

23.Siapakah penduduk Taif yang memeluk islam?
-Adaas hamba kepada uthbah dan Syaibah anak lelaki Rabiah.

24.Apakah yang menarik perhatian Adaas untuk mendekati Islam?
-Ucapan Rasullah ketika makan iaitu “basmallah”

25.Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun ke 10 kenabian?
-Isra’ mikraj

26.Dari manakah dan ke manakah Rasulullah di isra’kan
-Dari masjidi haram ke masjidi aqsa

27.Dari mana dan ke mana Rasululallah di mikrajkan
-Dari masjidi Aqsa ke sidratul muntaha

28.Apakah tuntutan oleh Allah pada malam itu?
-Solat 5 waktu keatas orang Islam yang berakal dan baligh

29.Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun kedua belas kerasulan?
-Perjanjian aqabah 1

30.Berapakah bilangan kaum ansar yang terlibat dlm perjanjian aqabah 1?
-12 muslim dari yathrib. 10 kabilah khazraj dan 2 daripada aus.

31.Apakah kandungan aqabah 1?
-Tidak menyekutukan Allah, tidak menbunuh anak,tidak menbuat fitnah,tidak mencuri dan tidak berzina.

32.Bilakah berlakunya perjanjian aqabah 2 dan di mana?
-Tahun ke 13 kerasulan di Aqabah mina.

33.Berapakah bilangan kaum ansar dalam perjanjian aqabah 2?
-70 org lelaki dan 2 org wanita

34.Apakah tujuan penjjian aqabah2?
-Mengulangi taat setia kepada Nabi, menjemput nabi ke Yathrib

35.Bilakah Rasulullah dan Abu Bakar berhijrah ke madinah?
-Khamis,1 rabiulawal tahun ke 53 kelahiran baginda.

36.Berapakah umur Rasulullah ketika berniaga utk Khadijah?
-Mencapai umur 25 tahun (bermodalkan harta Khadijah)

37.Siapakah yang diutuskan oleh Nabi S.A.W mngiringi lelaki Ansar kembali ke Madinah?
-Mua’as B. Umar.

38.Siapakah yang menggantikan Rasulullah tidur di tempat tidurnya semasa orang quraisy mahu membunuhnya?
-Saidini Ali RA

39.Siapakah yang menjadi petunjuk jalan kepada Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar untuk keluar dari Mekah?
-Abu Bakar mengupah Abdullah B. Uraiqit ad Daili (seorang musyrik)

40.Bilakah Nabi s.a.w dilahirkan?
-12 Rabiul awwal tahun gajah (yakni tahun tentera bergajah)

41.Pada musim haji kerasulan berapakah dan siapakah kabilah khazraj dari yathrib yang telah memeluk islam setelah mendengar rasulullah bercerita mengenai islam dan membaca ayat al-quran?
6 orang daripada kabilah khazraj, iaitu;
•Asad b Zurarah
•Auf B al –Harith b Rifa’ah b Afra
•Rafi b Malik b Ajlan
•Qhutbah b. Amir b. Hudaibah
•Uqbah b. A’mir b Nabi
•Jabir b. Abdullah B Riab

42.Bai’ah Aqabah 1 juga dikenali dengan ? Kenapa?
-Peperangan serta mempunyai persamaan dengan baiah kaum wanita dengan bai’ah kaum wanita dengan rasulullah s.a.w pada tahun kedua selepas pembukaan kota Mekah

43. Apakah kesan-kesan daripada Bai’ah Aqabah 1?
1) Kandungan baiah adalah asas-asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat dalam aspek aqidah,akhlak dan pelaksanaan Islam.
2) Menjadikan pengakuan serta pengisytiharan bagi muslimin di Yathrib untuk menerima Islam orang oleh menentang jahiliah.

44. Pada waktu bilakah perjanjian Aqabah 2 dilakukan?
-Pada waktu malam, tempat terpencil,secara sir wa hazar.

45. Siapakah wanita yang turut serta di dalam perjanjian tersebut?
a. Musaibah b Ka’ab
b. Asma b Amru

46. Bai’ah Aqabah 2 juga dikenali sebagai?
-Bai’ah Kubra

47. Berapakah umur Rasulullah semasa dibelah dadanya oleh malaikat Jibril?
-4 Tahun

48. Apakah yang dikatakan oleh Khadijah apbila Nabi s.a.w pulang dari gua Hira’ selepas menerima wahyu dari malaikat Jibril?
-Khadijah berkata; “Tidak sesekali demi Allah, ia tidak akan mensia-siakan kamu,kerana kamu adalah orang yang menghubungkan keluarga, mampu memikul bebanan, menolong orang yang tidak berada, memuliakan tetamu, dan menolong orang yang ditimpa kemalangan.

49. Siapakah lelaki pertama yang memeluk Islam dari luar rumah Rasulullah?
-Abu Bakar As Siddiq

50. Bilakah Abdul Mutalib wafat?
-Semasa Nabi berumur 8 tahun dan beliau berumur 120 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan