Khamis, 6 Ogos 2009

Kehidupan Ini…

Jarum berdetik menghasilkan saat.Saat menginjak menghasilkan minit. Minit berkumpul menghasilkan jam. Jam berlalu menghasilkan ketika. Ketika ini dikumpul menghasilkan ruang. Ruang ini diisi dengan aktiviti maka terhasillah kehidupan. Bagaimana kita mencorak kehidupan ini, semuannya bergantung pada matlamat kita. :-)

Mengupas makna kehidupan merupakan sesuatu yang sukar. Tetapi jika sumber yang diambil adalah betul, ianya pasti memudahkan. Jadi hari ini apa kata kita berbicara tentang aspek kehidupan. Persoalan yang berkaitan dengan tujuan hidup. Sudahkah anda bersedia?

“Apakah tujuan anda dihidupkan di dunia ini?”

Saya pasti ramai mempunyai jawapan yang tersendiri. Ramai mampu memberi buah fikiran yang bernas dan matang. Disini saya tuliskan 2 jawapan yang dijawab di dalam Al-Quran tentang tujuan kita dicipta dalam dunia ini.

  • Sebagai hamba yang sujud kepadaNya

Firman Allah SWT, maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Surah al-Bayyinah 5:98

  • Sebagai Khalifah mentadbir bumi yang telah diamanahkanNya

Firman Allah SWT, maksudnyaDan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-An’am 6 :165

Tiada ulasan:

Catat Ulasan