Rabu, 5 Ogos 2009

Dakwah dan kita

Seringkali kita dengar perkataan dakwah, namun kita sukar untuk melakukannya. Dakwah bagi kita hanya sesuai dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sahaja. Adakah kita tidak wajib berdakwah?
Kata Saidina Ali r.a, " Barangsiapa yang telah mengucap Lailahaillallah, maka dia seorang pendakwah " , maka kita juga sebenarnya adalah pendakwah.

Perlu kita ketahui bahawa, para pendakwah yang meniti jalan dakwah ini pasti akan diuji dengan pelbagai jenis ujian. Jalan dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga tetapi ia ditaburi dengan duri-duri yang menyakitkan yang akan menghalang perjalanan para da’i . Inilah jalan yang telah dititi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan generasi duat yang terdahulu.

Firman Allah s.w.t : “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah As-Saff :10,11,12)

Firman Allah s.w.t " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan '"Kami telah beriman ," dan mereka tidak di uji? Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta." ( Surah Al-'Ankabut: 2,3 )

Kita sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah seringkali terikat dengan 4 jenis ujian dan menghalang dakwah dan ketaatan kita kepada Allah iaitu :

1) Nafsu

2)Dunia

3)Harta

4)Masa

Seringkali kita kalah dengan ujian-ujian di atas. Nafsu yang sering menguasai diri, kerana kita sering membiarkan syaitan yang menguasai diri kita. Perasaan malas, marah, benci kepada kebaikan dan suka pada keburukan, yang akhirnya kita menjadi hamba kepada nafsu kita sendiri. Dunia juga bagi kita adalah syurga, dimana segala keseronokan ada didepan mata. Bagi kita dunia adalah ladang permainan dan hiburan bukannya ladang ujian, dimana kita sepatutunya menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan hasilnya kita dapat di akhirat. Harta juga yang sudah di ketahui adalah barang yang sangat kita sayangi bahkan harta lah adalah segala punca masalah berlakunya hasad dengki dan dendam sesama manusia. Tidakkah kita mengetahui bahawa rezeki dan harta benda kita datng dari Allah? Kita selalu berasa angkuh dan bangga dengan apa yang kita miliki dan terus menafikannya ia datang dari Allah. Dan akhir sekali adalah masa.

Allah sudah berfirman dalam Surah Al-'Asr yang membawa maksud ' Demi masa, sesungguhanya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"


Sedarilah kita bahawa Allah menjadikan kita sebagai khalifah bukan untuk kita bersenag-lenang di dunia ini, kita telah ditentukan tugasnya dan di mana akhirat nanti kita akan di tanya sama ada kita melaksanakannya ataupun tidak............. wallahu'alam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan