Ahad, 23 Ogos 2009

Ketetapan ajal

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”

Selasa, 18 Ogos 2009

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN


Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Selasa, 11 Ogos 2009

zaman kerasulan sehingga penghijrahan

Nabi Muhammad S.A.W berasal dari keturunan Bani Hasyim iaitu keturunan Quraisy yang paling mulia dan merupakan nabi akhir zaman yang mendapat mukjizat yang paling mulia iaitu kitab suci Al-Quran. Sifat keperibadian baginda yang mulia amat bersesuaian dengan nama baginda yang bermaksud ‘ yang terpuji’. Nama ini telah diberi oleh datuk baginda sendiri, Abdul Mutalib dengan harapan agar seluruh penghuni bumi dan langit memujinya kelak.

Kisah kerasulan baginda bermula apabila baginda berkhulwah (bersendirian) di Gua Hirak untuk memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh umatnya. Setelah lama baginda beribadat di Gua Hirak, pada suatu hari baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril yang membawa wahyu pertama daripada Allah. Kejadian ini berlaku ketika baginda genap berumur 40 tahun iaitu pada hari Isnin, 17 Ramadhan 610 Masihi. Wahyu pertama ini adalah surah Al-Alaq yang menyuruh kepada seruan membaca dan terdiri daripada 5 ayat yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”(Al-Alaq:1-5)

Selepas mendapat wahyu tersebut, Baginda terus mendapatkan isterinya, Siti Khadijah. Melihat keadaan Baginda yang gementar, Khadijah menyelimutkan dan menenangkan Baginda. Kemudian dia membawa Baginda berjumpa dengan Warakah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza (sepupu Khadijah) yang merupakan seorang pendeta agama Nasrani.

Setelah itu, Rasulullah mula menyampaikan dakwahnya secara sir (sembunyi) kepada keluarga dan sahabat terdekat baginda. Usrah pertama yang dibuat oleh baginda adalah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Selepas 3 tahun berdakwah secara sir, baginda telah diperintahkan untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan (melalui firman Allah; Al-Hijr).

Bermula di sinilah baginda mendapat pelbagai tentangan dan rintangan dalam menyampaikan dakwahnya. Antaranya ialah penyiksaan, pemulauan dan cubaan bunuh. Kaum Quraisy terus-menerus menyakiti Rasulullah dan para sahabat baginda. Walaupun mereka disiksa namun, mereka tetap teguh beriman kepada Allah.

Pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para pengikut baginda berhijrah. Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang lelaki dan 11 orang wanita.

Selain penyiksaan, baginda dan para sahabat juga telah dipulau. Mereka tidak dibenarkan berjual beli, berkahwin dan bergaul dengan golongan musyrik. Pemulauan ini berlaku selama 2 atau 3 tahun. Pemulauan ini telah terbatal setelah surat penjanjian pemulauan itu musnah dimakan oleh anai-anai.

Pada tahun ke-10 kerasulan pula, bapa saudara Baginda, Abu Talib telah meninggal dunia. Semasa terbaring nazak, Baginda meminta Abu Talib untuk mengucap dua kalimah syahadah tetapi, Abu Talib enggan kerana bimbang mendapat malu daripada kaumnya. . Tidak lama kemudian, isteri Baginda pula pergi menemui Sang Pencipta. Kematian Abu Talib dan Khadijah menyebabkan Baginda amat berdukacita dan penentangan daripada kaum musyrik menjadi semakin hebat. Tahun kematian ini lebih dikenali sebagai ‘Tahun Dukacita’.

Kejadian Isra’ mikraj juga berlaku pada tahun ini (tahun ke-10 kerasulan). Baginda di isra’kan dari masjidil haram ke masjidil Aqsa dan dimikrajkan dari masjidil Aqsa ke sidratul muntaha. Hasil daripada peristiwa ini, umat Islam yang baligh dan berakal dituntut menunaikan solat 5 kali sehari.

Pada tahun ke-12 kerasulan pula, satu perjanjian telah dimeterai antara Rasulullah dengan 12 orang lelaki Ansor. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Aqabah 1. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah:-
1) tidak menyekutukan Allah
2) tidak membunuh anak
3) tidak membuat fitnah
4) tidak mencuri
5) tidak berzina

Setahun kemudian (tahun ke-13 kerasulan), Perjanjian Aqabah 2 pula berlaku. Perjanjian ini disertai oleh 70 orang lelaki dan 2 orang wanita Ansor. Mereka telah berjanji untuk menolong Rasulullah, melindungi Rasulullah, mengulangi taat setia kepada Rasulullah dan menjemput Baginda ke Yathrib.

Setelah orang Quraisy mendapat tahu keislaman orang Yathrib, mereka meningkatkan lagi penyiksaan terhadap orang Islam. Melihat keadaan ini berlaku, Baginda mengarahkan orang mukmin berhijrah ke Madinah. Pada hari Khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda, Baginda yang ditemani Abu Bakar telah berhijrah ke Madinah. Allah telah memerintahkan Baginda berhijrah ekoran daripada rancangan orang Quraisy untuk membunuh Baginda. Pada malam kejadian, Saidina Ali telah menggantikan tempat tidur Baginda. Beliau tidak sedikit pun berasa takut sekiranya beliau terbunuh. Setelah berjaya keluar dari rumah, Baginda dan sahabat karibnya itu telah bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 malam.

Sebelum berhijrah, Abu Bakar telah melantik beberapa orang untuk menolong mereka sepanjang penghijrahan berlaku. Aisyah dan Asma’ iaitu anak-anak perempuan Abu Bakar telah ditugaskan untuk menyediakan makanan. Manakala anak lelakinya pula, Abdullah Abu Bakar ditugaskan menyampaikan berita kepada mereka. Sepanjang perjalanan, Baginda dan Abu Bakar ditemani oleh Abdullah Uraiqit yang bertindak sebagai petunjuk arah.

Akhirnya, pada 12 Rabiul Awal, Baginda dan sahabatnya telah sampai ke Madinah dengan selamat. Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh orang Madinah. Mereka menyambut Baginda dan Abu Bakar dengan meriah. Wallahu'alam.

Wassalam..





UJI MINDA
1.Berapakah umur Rasullah ketika mendapat wahyu daripada Allah swt?
-40 tahun

2.Berapa lamakah dakwah Rasullah dilakukan secara sir
-3 tahun

3.Berapa lamakah dakwah Rasullah SAW dilakukan secara terang-terangan?
-10 tahun

4.Apakah jenis-jenis ancaman yang dilakukan oleh kaum Quraisy terhadap penentangan ke atas ajaran Rasullah SAW?
-Ugutan bunuh, cacian dan pemulauan.

5.Di manakah Rasullah menyampaikan dakwahnya secara sir?
-Di rumah Al-arqam Abi Arqam

6.Bilakah tahun kenabian Rasullah SAW?
-610 masihi

7.Dimanakah Rasullah mendapat wahyu dari Allah SWT?
-Di gua Hirak

8.Bilakah tarikh berlakunya Jibril membawa wahyu kepada Rasullah?
-Isnin 17 ramadhan

9.Apakah surah pertama yang diwahyukan oleh Allah melalui malaikat jibril kepada Rasullah?
-Al-Alaq

10.Apakah intipati surah al-alaq?
-Seruan membaca

11.Siapakah yang ditemui oleh Rasullah dan Siti Khadijah selepas baginda mendapat wahyu?
-Waraqah bin naufal bin Asad bin Abdul Uzza

12.Apakah hubungan waraqah dengan siti khadijah?
-Sepupu

13.Siapakah diantara kalangan yang mana Rasullah dakwah pada awal penyebaran islam?
-Golongan keluarga Baginda dan sahabat terdekat

14.Siapakah orang pertama yang memeluk islam?
-Siti khadijah

15.Tahun bilakah hijrah pertama yang dilakukan oleh pengikut Rasulullah ke Habsyah?
-Tahun ke-5 kerasulan Baginda.

16.Berapakah bilangan para sahabat yang berhijrah kali pertama Ke Habsyah?
-12 orang lelaki dan 4 orang wanita

17.Berapa bilangan para sahabat yang berhijrah pada kali kedua ke habsyah?
-83 orang lelaki dan 11orang wanita

18.Berapa lamakah permulauan terhadap Rasulullah dan pengikutnya?
-2 atau 3 tahun

19.Apakah pekara yang menyebabkan terbatalnya pemulauan tersebut ?
-Surat penjanjian itu musnah dimakan oleh anai-anai

20.Tahun bilakah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat?
-Tahun kesepuluh kerasulan baginda.

21.Dimanakah Rasulullah tuju selepas kematian bapa saudara dan isterinya?
-Taif

22.Apakah reaksi penduduk Taif terhadap dakwah Baginda?
-Tidak menerima dan menolak secara kasar dan menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda.

23.Siapakah penduduk Taif yang memeluk islam?
-Adaas hamba kepada uthbah dan Syaibah anak lelaki Rabiah.

24.Apakah yang menarik perhatian Adaas untuk mendekati Islam?
-Ucapan Rasullah ketika makan iaitu “basmallah”

25.Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun ke 10 kenabian?
-Isra’ mikraj

26.Dari manakah dan ke manakah Rasulullah di isra’kan
-Dari masjidi haram ke masjidi aqsa

27.Dari mana dan ke mana Rasululallah di mikrajkan
-Dari masjidi Aqsa ke sidratul muntaha

28.Apakah tuntutan oleh Allah pada malam itu?
-Solat 5 waktu keatas orang Islam yang berakal dan baligh

29.Apakah peristiwa penting yang berlaku pada tahun kedua belas kerasulan?
-Perjanjian aqabah 1

30.Berapakah bilangan kaum ansar yang terlibat dlm perjanjian aqabah 1?
-12 muslim dari yathrib. 10 kabilah khazraj dan 2 daripada aus.

31.Apakah kandungan aqabah 1?
-Tidak menyekutukan Allah, tidak menbunuh anak,tidak menbuat fitnah,tidak mencuri dan tidak berzina.

32.Bilakah berlakunya perjanjian aqabah 2 dan di mana?
-Tahun ke 13 kerasulan di Aqabah mina.

33.Berapakah bilangan kaum ansar dalam perjanjian aqabah 2?
-70 org lelaki dan 2 org wanita

34.Apakah tujuan penjjian aqabah2?
-Mengulangi taat setia kepada Nabi, menjemput nabi ke Yathrib

35.Bilakah Rasulullah dan Abu Bakar berhijrah ke madinah?
-Khamis,1 rabiulawal tahun ke 53 kelahiran baginda.

36.Berapakah umur Rasulullah ketika berniaga utk Khadijah?
-Mencapai umur 25 tahun (bermodalkan harta Khadijah)

37.Siapakah yang diutuskan oleh Nabi S.A.W mngiringi lelaki Ansar kembali ke Madinah?
-Mua’as B. Umar.

38.Siapakah yang menggantikan Rasulullah tidur di tempat tidurnya semasa orang quraisy mahu membunuhnya?
-Saidini Ali RA

39.Siapakah yang menjadi petunjuk jalan kepada Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar untuk keluar dari Mekah?
-Abu Bakar mengupah Abdullah B. Uraiqit ad Daili (seorang musyrik)

40.Bilakah Nabi s.a.w dilahirkan?
-12 Rabiul awwal tahun gajah (yakni tahun tentera bergajah)

41.Pada musim haji kerasulan berapakah dan siapakah kabilah khazraj dari yathrib yang telah memeluk islam setelah mendengar rasulullah bercerita mengenai islam dan membaca ayat al-quran?
6 orang daripada kabilah khazraj, iaitu;
•Asad b Zurarah
•Auf B al –Harith b Rifa’ah b Afra
•Rafi b Malik b Ajlan
•Qhutbah b. Amir b. Hudaibah
•Uqbah b. A’mir b Nabi
•Jabir b. Abdullah B Riab

42.Bai’ah Aqabah 1 juga dikenali dengan ? Kenapa?
-Peperangan serta mempunyai persamaan dengan baiah kaum wanita dengan bai’ah kaum wanita dengan rasulullah s.a.w pada tahun kedua selepas pembukaan kota Mekah

43. Apakah kesan-kesan daripada Bai’ah Aqabah 1?
1) Kandungan baiah adalah asas-asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat dalam aspek aqidah,akhlak dan pelaksanaan Islam.
2) Menjadikan pengakuan serta pengisytiharan bagi muslimin di Yathrib untuk menerima Islam orang oleh menentang jahiliah.

44. Pada waktu bilakah perjanjian Aqabah 2 dilakukan?
-Pada waktu malam, tempat terpencil,secara sir wa hazar.

45. Siapakah wanita yang turut serta di dalam perjanjian tersebut?
a. Musaibah b Ka’ab
b. Asma b Amru

46. Bai’ah Aqabah 2 juga dikenali sebagai?
-Bai’ah Kubra

47. Berapakah umur Rasulullah semasa dibelah dadanya oleh malaikat Jibril?
-4 Tahun

48. Apakah yang dikatakan oleh Khadijah apbila Nabi s.a.w pulang dari gua Hira’ selepas menerima wahyu dari malaikat Jibril?
-Khadijah berkata; “Tidak sesekali demi Allah, ia tidak akan mensia-siakan kamu,kerana kamu adalah orang yang menghubungkan keluarga, mampu memikul bebanan, menolong orang yang tidak berada, memuliakan tetamu, dan menolong orang yang ditimpa kemalangan.

49. Siapakah lelaki pertama yang memeluk Islam dari luar rumah Rasulullah?
-Abu Bakar As Siddiq

50. Bilakah Abdul Mutalib wafat?
-Semasa Nabi berumur 8 tahun dan beliau berumur 120 tahun.

Khamis, 6 Ogos 2009

Kehidupan Ini…

Jarum berdetik menghasilkan saat.Saat menginjak menghasilkan minit. Minit berkumpul menghasilkan jam. Jam berlalu menghasilkan ketika. Ketika ini dikumpul menghasilkan ruang. Ruang ini diisi dengan aktiviti maka terhasillah kehidupan. Bagaimana kita mencorak kehidupan ini, semuannya bergantung pada matlamat kita. :-)

Mengupas makna kehidupan merupakan sesuatu yang sukar. Tetapi jika sumber yang diambil adalah betul, ianya pasti memudahkan. Jadi hari ini apa kata kita berbicara tentang aspek kehidupan. Persoalan yang berkaitan dengan tujuan hidup. Sudahkah anda bersedia?

“Apakah tujuan anda dihidupkan di dunia ini?”

Saya pasti ramai mempunyai jawapan yang tersendiri. Ramai mampu memberi buah fikiran yang bernas dan matang. Disini saya tuliskan 2 jawapan yang dijawab di dalam Al-Quran tentang tujuan kita dicipta dalam dunia ini.

  • Sebagai hamba yang sujud kepadaNya

Firman Allah SWT, maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Surah al-Bayyinah 5:98

  • Sebagai Khalifah mentadbir bumi yang telah diamanahkanNya

Firman Allah SWT, maksudnyaDan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-An’am 6 :165

Rabu, 5 Ogos 2009

Dakwah dan kita

Seringkali kita dengar perkataan dakwah, namun kita sukar untuk melakukannya. Dakwah bagi kita hanya sesuai dengan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sahaja. Adakah kita tidak wajib berdakwah?
Kata Saidina Ali r.a, " Barangsiapa yang telah mengucap Lailahaillallah, maka dia seorang pendakwah " , maka kita juga sebenarnya adalah pendakwah.

Perlu kita ketahui bahawa, para pendakwah yang meniti jalan dakwah ini pasti akan diuji dengan pelbagai jenis ujian. Jalan dakwah ini tidak ditaburi dengan bunga-bunga tetapi ia ditaburi dengan duri-duri yang menyakitkan yang akan menghalang perjalanan para da’i . Inilah jalan yang telah dititi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan generasi duat yang terdahulu.

Firman Allah s.w.t : “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah As-Saff :10,11,12)

Firman Allah s.w.t " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan '"Kami telah beriman ," dan mereka tidak di uji? Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta." ( Surah Al-'Ankabut: 2,3 )

Kita sebagai manusia dan hamba Allah yang lemah seringkali terikat dengan 4 jenis ujian dan menghalang dakwah dan ketaatan kita kepada Allah iaitu :

1) Nafsu

2)Dunia

3)Harta

4)Masa

Seringkali kita kalah dengan ujian-ujian di atas. Nafsu yang sering menguasai diri, kerana kita sering membiarkan syaitan yang menguasai diri kita. Perasaan malas, marah, benci kepada kebaikan dan suka pada keburukan, yang akhirnya kita menjadi hamba kepada nafsu kita sendiri. Dunia juga bagi kita adalah syurga, dimana segala keseronokan ada didepan mata. Bagi kita dunia adalah ladang permainan dan hiburan bukannya ladang ujian, dimana kita sepatutunya menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan hasilnya kita dapat di akhirat. Harta juga yang sudah di ketahui adalah barang yang sangat kita sayangi bahkan harta lah adalah segala punca masalah berlakunya hasad dengki dan dendam sesama manusia. Tidakkah kita mengetahui bahawa rezeki dan harta benda kita datng dari Allah? Kita selalu berasa angkuh dan bangga dengan apa yang kita miliki dan terus menafikannya ia datang dari Allah. Dan akhir sekali adalah masa.

Allah sudah berfirman dalam Surah Al-'Asr yang membawa maksud ' Demi masa, sesungguhanya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"


Sedarilah kita bahawa Allah menjadikan kita sebagai khalifah bukan untuk kita bersenag-lenang di dunia ini, kita telah ditentukan tugasnya dan di mana akhirat nanti kita akan di tanya sama ada kita melaksanakannya ataupun tidak............. wallahu'alam



Selasa, 4 Ogos 2009

Wahai, Serikandi Islam...

Syukran kerana sudi menerjah ke laman nurani ini..,pada waktu ini sukacita saya bercerita tentang seorang serikandi islam yang mampu m'mbuat kita terpesona mendengar ceritanya..Khaulah binti Al-Azwar....nama yang begitu indah sesuai dengan peribadinya. Cerita nya bermula begini, Khaulah seorang wanita di mana dari kecil seorang yang pandai bermain tombak dan pedang..seiring dengan itu, dia memiliki semangat yang kental dan fizikal yang kuat...pada suatu ketika, tentera muslimin sedang beroperasi untuk berperang dengan tentera Rom bagi menyelamatkan Zirar yang juga saudara kandung Khaulah yang telah ditawan sewaktu penggempuran di Damascus. Khaulah yang yang turut serta dari belakang tentera muslimin dengan berpakaian hitam dan serban hijau menutup seluruh tubuhnya dengan hanya menampakkan dua matanya sahaja..beliau dengan menyertai pasukan Khalid Al-Walid terus meluncur laju ke arah musuh bersama kudanya terus menggempur musuh dengan sifat jihadnya..dengan sekelip mata musuh terus menyembah bumi...pasukan muslimin serta Khalid Al-Walid terpinga melihatnya...masing-masing tertanya siapakan pahlawan Islam yang handal ini...Raafe bin Umaira panglima skuad sebelum ketibaan Khalid turut terpegun dan berkata " dia berlawan seprti Khalid, tapi dia bukan Khalid",...dan mereka cuba mendekati Khaulah untuk mengetahui siapakah beliau, lalu Khaulah mengacu tombaknya ke arah mereka sebagai tanda jangan hampir, lalu Khaulah mengakui dia seorang adalah wanita dan ia sudah pasti mengejutkan semua yang ada di situ...Akhirnya Khaulah serta pasukan muslimin berjaya membebaskan Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya Beit Lahiya,Gaza Palestin..
Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila dia dan para muslimat lain di tawan semasa perang Sahura. Mereka di tahan di penjara dan dikawal rapi..walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun beliau terus membakar semangat para mujahidah lain dengan berkata " wahai sahabat adakah kalian sanggup menjadi tukang picit orang Rom?adakah kalian sanggup menjadi hamba orang kafir yang dilaknati?adakah kalian sanggup dimaki dan dicaci oleh orang Rom? dimana sifat kalian yang ingin mencari syurga Allah? diman maruah kalian sebagai seorang Islam dan pejuang di jalan Allah?sedangkan mati itu itu lebih baik daripada menjadi hamba-hamba orang Rom.",
Khaulah terus membakar semangat sahabat-sahabatnya, dan akhirnya mereka sebulat suara dan menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka..mereka sanggup mati syahid jika gagal melarikan diri..mereka bertaubat dan berdoa supaya pertolongan Allah akan sampai..sebelum mara Khaulah berpesan " janganlah kalian gentar dan takut, kita sama-sama bersatu menentang tiada yang terkecuali..patahkan tombak mereka hancurkan pedang mereka,,sesungguhnya pertolongan Allah itu sudah dekat",
berkat kesungguhan dan keyakinan mereka. mereka berjaya melepaskan diri dari kurungan tersebut..
Begitulah kisah seorang mujahidah yang berani dalam memperjuangkan agama ALLAH ...jadikan ia satu pedoman dan semangat untuk kita terus menegakkan agama suci Allah...sesungguhnya ciptaan Alllah itu sangat menakjubakan....semoga semangat beliau turut mengalir dalam tubuh kita...amin..TAKBIR!!