Khamis, 11 Februari 2010

-Erti Persahabatan-





"Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai - nilainya pudar dibawa arus masa.

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?




Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yang membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

Rabu, 10 Februari 2010

Selasa, 9 Februari 2010

-WANITA...-

BINGKISAN UNTUK WANITA

Terdapat banyak larangan yang perlu dipatuhi oleh seorang wanita. Namun, larangan-larangan ini seolah-olah menjadi ‘trend’ bagi golongan wanita kini. Di sini, ana menyenaraikan 30 larangan bagi golongan wanita yang terdapat dalam buku ‘Bunga Kebahagiaan’.
1) Menyambung rambut palsu
2) Bertatu, mencukur kening, mencabut bulu pada wajah dan mengikir gigi
3) Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4) Memperlihatkan perhiasan ataupun bersolek di depan lelaki lain
5) Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6) Membuka rahsia hubungan suami isteri
7) Berpuasa sunat tanpa izin suami
8) Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9) Derhaka kepada suami
10) Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11) Mengingkari kebaikan suami
12) Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13) Memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan syahwat
14) Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15) Menyerupai lelaki
16) Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17) Memandang aurat wanita lain
18) Keluar rumah tanpa ada keperluan
19) Masuk rumah tanpa ada keperluan
20) Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21) Meratapi kematian
22) Berhias kerana kematian seseorang
23) Menghantar jenayah ke kubur
24) Mempercayai dukun dan peramal nasib
25) Menyumpah anak-anak sendiri
26) Tidak bertegur sapa dengan sesame muslim
27) Menganiaya pembantu
28) Mengganggu jiran tetangga
29) Meminta cerai kerana suami sakit
30) Meminta cerai kerana suami berpoligami

Jumaat, 4 Disember 2009

DEMI MASA

DEMI MASA

Tahukah sahabat sekalian, di dalam al-Quran Allah telah bersumpah atas nama waktu-waktu tertentu. Misalnya surah al-Lail (waktu malam), an-Nahar (waktu siang), adh-dhuha (waktu matahari sepenggalan naik), al-’Ash (masa) dan banyak lagi surah lain sebagai peringatan kepada manusia agar bertanggungjawab terhadap nikmat waktu yang telah diberikan-Nya.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda: “Manfaatkan lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk, masa muda kamu sebelum datang masa tua, masa kamu kaya sebelum masa kamu ditimpa miskin.”

HARGAI SETIAP KESEMPATAN

BAGAIMANA???

Sentiasa muhasabah diri dengan beberapa pertanyaan. Apa yang telah kita lakukan pada hari ini? Di manakah kita menghabiskan masa? Adakah masa digunakan untuk pekerjaan yang baik atau tidak?

Jauhi kawan yang suka mensia-siakan masa. Sekiranya kita berkawan dengan orang yag malas, sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sikap kita. Abdullah bin Mas'ud berkata, "Kenali seseorang dengan melihat dengan siapa ia berteman, kerana orang yang menemaninya adalah sama dengannya."

Ingat selalu, waktu yang berlalu tidak mungkin kembali! Setiap waktu yang berlalu akan menuntut setiap kesempatan kita dan tidak mugkin akan datang kembali. Rugi jika tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Ingat saat kematiaan menjelang. Semua orang pasti akan menempuh kematian. Ketika itu kita sudah tiada kesempatan untuk membuat amal. Rugi sesiapa yang ketika hidupnya tidak menggunakan masa yang diberikan untuk membuat kebaikan dan beramal ibadah.

Sedar akan disoal pada hari kiamat. Ingat, kita akan ditanya tentang apa yang kita lakukan di dunia pada hari kiamat kelak. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan bergeser kaki seseorang hamba sampai ia ditanya tentang lima perkara. tentang umurnya, dimana ia habiskan? tantang masa mudanya, dalam hal apa ia habiskan?..."

Khamis, 3 September 2009

salam mujahidah (^_^)

Selamat Berjuang
Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiaada Berhenti Oh Syahdunya
Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya
Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya
Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita
Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Ahad, 23 Ogos 2009

Ketetapan ajal

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.aw berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”

Selasa, 18 Ogos 2009

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN


Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.
Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.