Sabtu, 27 Mac 2010

-wanita-

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

-permata yang dicari-



Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Selasa, 23 Mac 2010

-Doa Rasulullah SAW-






Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu, Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”)

Jumaat, 12 Mac 2010

-AKU TERIMA NIKAHNYA-

(12 MAC 2010- Besday abg sulung saya y ke-26)

“Aku Terima Nikahnya”. Begitulah tajuk TMHEWI yang telah diadakan tengah hari tadi yang disampaikan oleh Ustazah Naemah dengan jayanya. Bersyukur kepadaNya kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menghadiri majlis ilmu ini walaupun saya dihimpit dengan pelbagai tugasan sebagai seorang mahasiswa. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapati ketika menghadiri majlis ini. Moga-moga sahabat sekalian mendapat syafaatnya.




1) HUKUM KAHWIN
a) Harus- hukum asal perkahwinan
b) Sunat- berkemampuan & berkeinginan berkahwin
c) Wajib- yakin akan melakukan maksiat dan zina
d) Makruh-tidak berkemampuan
e) Haram- menzalimi pasangan

2) TUJUAN BERKAHWIN
a) Mendaulatkan kalimah Allah
b) Institusi Pembina Tamadun Islam
c) Memperluaskan dan mengeratkan silatulrahim
d) Menanamkan semangat bertanggungjawab
e) Memelihara kehormatan diri
f) Penyambung generasi manusia
g) Untuk memelihara keturunan
h) Menyalurkan saluran seks

3) HIKMAH PERKAHWINAN
a) Mendapat ketenangan

4) KRITERIA CALON ISTERI
a) Teguh pegangan agama
b) Berakhlak mulia
c) Baik dan bermanis muka
d) Tidak tinggi harga mahar dan perbelanjaan
e) Boleh melahirkan zuriat
f) Gadis
g) Keturunan yang baik
h) Bukan dari kerabat yang hamper

5) KRITERIA CALON SUAMI
a) Berlapang dada, penyantun dan pemaaf
b) Bersifat hemat dan cermat
c) Tenang dan waspada
d) Beriman dan berakhlak mulia
e) Lelaki

6) HAK BERSAMA SUAMI DAN ISTERI
a) Mengecap kenikmatan dan kebahagiaan
b) Menjaga hubungan persemendaan
c) Berhak mempusakai harta peninggalan masing-masing
d) Anak dinasabkan (dibinkan/dibintikan) kepada nama suami
e) Berhak mendapatkan layanan, pergaulan yang baik, kasih sayang dan kasihan belas

7) TANGGUNGJAWAB BERSAMA
a) Bersyukur dengan nikmat
b) Tabah dan sabar ketika menghadapi kesulitan
c) Bertawakal kepada Allah setelah merancang dan berusaha
d) Menyelesaikan masalah dengan syura (mesyuarat)
e) Saling tolong-menolong
f) Menuaniakan apa yang telah dijanjikan
g) Salaing nasihat-menasihati dan tegur-menegur
h) Segera bertaubat apabila membuat kesalahan